THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Thursday, August 21, 2008

-sElamAt daTaNg-

Welcome comments


Create your own at MyNiceSpace.com

Friday, August 15, 2008

rEnunGan bErsaMa

SYAABAN PERSIAPAN TEMPUH RAMADHAN
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (at-Taubah : 36).
Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.
Abu Bakrah menceritakan bahawa Nabi SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).dan tempuh Ramadan.

Tuesday, August 5, 2008

iMpIan hAti.... (",)

(.") BUNGA (",)

tak usah di tanya..
mengapa ku pilih...
bunga yang mewangi...
terhias berseri...
yang tak akan nampak di mata pun...
berwangi dari lain-lain...
segan untuk aku sapa...
walau ada maksud yang ku sembunyi...

pernah ku mencuba...
terima seadanya...
sayang ia selalu...
calarkan sudut hati ku...
hingga lelah jiwa ku di kecewa...
yang tak mungkin berpaling kembali...
namum ku yakinkan nanti...
Tuhan pasti beri gantinya...

ku mohon kau yang indah...
padamu untuk ku tatap...
menawar resahku...
kekal aku di situ...
harungi cinta...
dan aku pohonkan yang baik...
bersantun kata...
kata tentang cinta...
bicara kan rindu...
pada ku mengharum selamanya....

Monday, August 4, 2008

TUGASAN CSC 1012 (ENCIK YUSENI BIN WAHAB)

ISSUE:-
1) When you make a transaction, many companies use computer and information system together data about you such as yourname,address,telephon numbers,buying habits and credit history. They then sell this information to another companies, without you permission and without giving you then chance to verfy the information, what potential problem can you see in this?

JAWAPAN:-

Antara masalah yang mungkin akan di hadapi oleh syarikat tersebut ialah:-
v Di sabotaj:- iaitu syarikat lain akan menghalang produktiviti syarikat tersebut dari mengembangkan produktivitinya.
v Syarikat lain boleh mengambil atau meniru data dari syarikat tersebut secara bulat-bulat. (duplicate data).
v Selain itu ia akan menyebabkan syarikat tersebut mempunyai banyak persaingan dengan syarikat-syarikat yang lain.
v Merosakkan repotasi syarikat:- Prestasi syarikat tersebut akan menurun secara mendadak akibat daripada masalah yang di hadapinya.
v Berkemungkinan akan berlakunya atau akan meningkatkan lagi jenayah-jenayah siber.


Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah:-
v Syarikat tersebut perlu mendaftarkan syarikatnya pada SIRIM.
v Syarikat tersebut perlu mempunyai perlindungan untuk setiap sistem yang dibuat.Contohnya mempunyai PASSWORD.
v Setiap syarikat perlu mengingatkan setiap pengguna supaya tidak mudah tertipu dengan laman web yang cetak rompak.Selain itu syarikat tersebut perlulah mengingatkan tentang akta-akta pencerobohan.
v Perkara yang paling penting sekali ialah syarikat tersebut perlu membuat siasatan agar setiap penjenayah siber dibawa ke muka pengadilan.


2) Think about your chosen profession. How migh computer and software enhance your productivity? Describe several ways in which you see software changing of affecting your profession?

JAWAPAN:-

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN.
Sekarang ini komputer telah mula di gunakan dalam bidang pendidikan. Penyediaan jadual waktu sekolah merupakan salah satu tugas yang dapat di lakukan oleh komputer. Selain itu terdapat pelbagai bidang yang membolehkan komputer di gunakan bagi membantu pelajar memahami pelajaran mereka dengan lebih baik.
Satu contoh penggunaan yang utama di kenali sebagai Pelajaran di Bantu Komputer (PBK), iaitu nota-nota pengajian lengkap dengan gambarajah di sediakan dalam komputer. Pelajar boleh menggunakan nota tersebut pada bila-bila masa apabila nota itu di perlukan. Penyediaan soalan ujian objektif melalui computer adalah satu lagi bidang yang berkaitan dengan PBK.
Penggunaan PBK akan membantu pelajar yang lemah kerana mereka dapat mengulang kaji suatu pelajaran beberapa kali. Lebih dari itu, PBK biasanya menyediakan dua bentuk nota pengajian : iaitu satu untuk pelajar yang pintar dan satu lagi untuk pelajar yang lemah. Selain itu, di beberapa buah negara maju, komputer telah di gunakan sebagai bahan pendidikan awal bagi kanak-kanak prasekolah. Penggunaan grafiks komputer yang penuh dengan lukisan-lukisan bermatra dua dan tiga yang boleh di gerak-gerakkan telah menarik minat kanak-kanak dan seterusnya membolehkan mereka mempelajari suatu perkara dengan cepat.

Komputer Dalam Pendidikan.
Urusan pentadbiran sekolah.
Simulasi.
Bantuan kerjaya.
Bantuan mengajar.

Selain itu, computer juga dapat di gunakan untuk melakukan simulasi iaitu untuk melakukan sesuatu percubaan atau ujikaji dengan menggunakan model dalam komputer. Cara ini agak sesuai di lakukan jika penggunaan model sebenar melibatkan perbelajaan yang banyak, merbahaya atau atas sebab-sebab yang lain. Sebagai contoh,
membuat model atom.
Membuat model pelancaran dan penerbangan kapal angkasa.
Membuat model letupan radioaktif.

Pusat latihan juruterbang biasanya menggunakan model simulasi penerbangan bagi melatih juruterbang. Penggunaan model begini boleh memudahkan pembelajaran dan menjimatkan perbelanjaan, jika di bandingkan dengan penggunaan kapal terbang yang sebenar.